Thursday 5 December 2013

Lari dari rahmat Allah?

Eh, kenapa lari?

Suatu hari, hujan lebat mencurah-curah turun. Juha sedang berada di jendela rumahnya. Kelihatan dua orang pemuda yang sudah basah ditimpa hujan berlari-lari anak mencari tempat berteduh. Juha yang melihat kejadian tersebut menegur mereka.
"Bodohla korang ni. Hujan tu kan rahmat Allah. Buat apa lari dari rahmat Allah?"

Kedua-dua pemuda tadi hanya terdiam membenarkan apa yang dikatakan oleh Juha sebentar tadi dalam hati.
'Bodoh dia kata kat kita? Basahlah kalau tunggu je dalam hujan.Tapi, betul jugak apa yang Juha cakap tu. Ish, tak boleh jadi ni, kena cari jalan macam mana nak balas balik apa yang Juha cakap tadi.'

Selang beberapa hari, tibalah hari yang dinanti-nantikan. Hujan lebat mencurah-curah membasahi seluruh bumi. Kedua-dua pemuda itu sedang duduk minum kopi di warung Pak Leman. Kelihatan Juha sedang berlari-lari anak mencari tempat berteduh setelah basah disimbah hujan.

"Eh, Juha! Buat apa kau lari? Hujan tu kan rahmat Allah? Takkan kau lari dari dari rahmat Allah?"

Otak Juha ligat mencari jawapan bagi membalas kata-kata pemuda tadi.

"Aku bukan lari dari rahmat Allah. Aku takut terpijak rahmat Allah!"

Pemuda tersebut hanya tersenyum tawar sahaja mendengar alasan Juha.


Hujan kan rahmat Allah ;)

Begitulah Juha, sentiasa mencari alasan tapi kadangkala benar apa yang dikatakannya itu. Hoho. Fikir-fikirkan dan Senyum! =D

Moga Bermanfaat^^
1518
01021435

No comments:

Post a Comment